Friday, September 6, 2013

Tingkatan Enam & Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia

Wahai pelajar!

Ada berita baik.

Berikut adalah petikan dari PPPM  2013-2025 
yang dirasmikan oleh YAB TPM Malaysia

Mentransformasi Tingkatan 6
Pada akhir 2013, Kementerian akan mentransformasi Tingkatan 6 
bagi menggalakkan lebih ramai murid memilih program tersebut. 
Transformasi ini bertujuan untuk menganjak persekitaran 
pembelajaran daripada model lepas menengah kepada model 
prauniversiti. Usaha ini akan menjadikan kelayakan Tingkatan 6 
setanding dengan program prauniversiti yang ditawarkan oleh institusi pendidikan swasta pada masa ini. 

Sekolah yang menawarkan Tingkatan 6 akan diberi lebih kuasa 
membuat keputusan bagi memperkenalkan pelbagai inisiatif untuk 
mengupayakan murid menjadi lebih bersedia bagi kemasukan 
ke universiti. Sebagai contoh, antara inisiatif tersebut termasuk 
melonggarkan syarat pemakaian pakaian seragam sekolah untuk 
murid Tingkatan 6. Murid juga akan diberi lebih peluang untuk 
mengembangkan bakat kepimpinan dan kemahiran insaniah melalui 
pertambahan peranan dan pilihan aktiviti sukan, kokurikulum dan 
khidmat komuniti.