Pak Pandir Beli Durian
Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian... lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan...
Pak Pandir : "Bang harga durian ini berapa?"
Org Asli : "yang ini.. sepopit sebiji"
Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu.. lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarinya..
Pak Pandir : "Bang.. Boleh kurang sikit tak"?Org Asli : "Boleh aje, nak kurang berape?
Pak Pandir : "Lahupa.. boleh ya!"
Penjual orang asli itu kebingungan.. lalu bertanya pada Pak Pandir...
Org Asli : "Lahupa itu berapa?"
Pak Pandir : "Cakap dulu.. Sepopit itu berapa?"
Ubat Anti Gempa
Di satu kaki lima yang sibuk di sebuah kota, terdengar seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya.
Penjual ubat : Mari! Mari! Abang, adik, kakak, makcik, pakcik! Saya ingin memberitahu anda semua sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa! Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini! Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun! Saya telah menjualnya di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya! Cubalah! Bandar ini bakal dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!
Orang ramai yang lalu lalang di situ pun terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia hari ini, mereka pun tanpa was-was berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun untuk membeli ubat tersebut.
Dalam ramai-ramai itu adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana waktu gempa sudah semakin hampir. Pakcik itu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.Jam sudah menunjukkan pukul 11.30 pagi. Satu minit berlalu...dua minit berlalu.....hingga minit yang ke sepuluh, pakcik tadi pun berteriak kepada penjual ubat itu.
Pakcik : Eh! Dah lama dah ni! Mana gempanya? Awak tipu kami ya?
Penjual ubat : Haa! Kan betul apa saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!!Pakcik : ????
Belimbing
Dalam satu pertandingan antara buah-buahan tempatan, berkatalah buah durian dengan angkuhnya "Siapa lagi diantara kamu yang sanggup berlawan dengan aku, aku percaya tiada lagi yang dapat mengalahkan aku". Dikalangan buah-buahan tempatan yang mendengar kata-kata durian itu berkatalah belimbing kepada durian "Kalau kau setuju aku akan membawa saudaraku untuk bertarung dengan kamu" mendengar kata-kata belimbing tadi durian pun ketawa sembil berkata "Ha.. Ha.. ha.. aku tau kau nak membawa belimbing besi untuk bertarung dengan aku kan,.. silakan bawalah berapa ramai sekali pun mereka kemari aku sedia menerima cabaran mereka" Buah-buah lain yang hadir di pertandingan itu menasihatkan belimbing agar membatalkan saja niatnya untuk membawa saudaranya bertarung dengan durian, tetapi belimbing tetap berkeras hendak membawa saudaranya bertarung. Belimbing merasa geram dengan sikap durian yang semakin sombong dan angkuh.
Maka belimbing pun membawa saudaranya masuk ke dalam gelangang dan pertandingan pun bermula. Durian dengan angkuhnya baring sambil meniarap di gelangang dan berkata "Aku beri peluang saudaramu ini untuk menghempap diriku dulu dan kita akan lihat nanti siapa yang merasa sakit pula ha..ha..ha.." kata durian dengan sombongnya. Maka dihempap lah durian oleh saudara belimbing tadi. Dengan hanya sekali hempap durian pecah dan terbelah dua. Durian yang agaak terkejut dan merasa sakit lantas bangun dan menoleh kepada saudara belimbing tadi. Durian merasa terkejut melihatkan saudara belimbing tadi lalu berteriak dan mengadu kepada Cempedak yang mengadili pertandingan tersebut "Hoiii... mana aci macam ni, ini dah kira tipu.. dia ni kan penyu belimbing, kalau macam ni matilah aku..."
Moral : Jangan suka mencabar tanpa usul periksa.
Minta Tolong
Seorang gadis sedang sibuk menulis di atas meja di dalam pejabat pos. Tiba - tiba dia didatangi oleh seorang lelaki separuh umur."Maaf kan saya,"kata lelaki itu. "Saya nak minta tolong sedikit ni....boleh tak saudari menulis dan menghantar poskad ini bagi pihak saya?" Gadis tersebut bersetuju dan meminta barang - barang tersebut. Dia juga tidak kisah untuk menandatanganinya selepas menulisnya nanti.
"O.k! Siap,"kata gadis tersebut tersenyum sambil menghulurkan poskad yang telah ditulis dan ditandatanganinya. Gadis itu pun meminta diri . Tak sampai beberapa langkah berjalan, gadis itu berhenti kerana dipanggil oleh lelaki tadi. Sambil senyum gadis itu bersuara, "Er...ada apa-apa lagi yang boleh saya lakukan untuk encik?" "Ya," jawab lelaki tersebut. "Di bahagian bawah poskad ini tolong tuliskan
:P/S - Maafkan saya kerana tulisan ini tidak cantik."
Telinga
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT, kerana telinganya di masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor: "Selamat petang..."Pesakit: "Selamat petang Doktor!"
Doktor: "Ada masaalah apa ...?"
Pesakit: "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor: "Biar saya periksa telinga anda!"
Doktor pun lalu memeriksa telinganya,dan rupanya biji kacang tersebut cukup susah di ambil malah mungkin perlu pembedahan.
Doktor: "Ada 2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."Pesakit: "Apa caranya doktor?"
Doktor: "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua pula percuma..."
Pesakit: "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor: "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit: "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor: "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika sudah jadi 'tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit: "???????????"
Cuti sakit
Suatu hari, Salmah ponteng sekolah. Dia telefon guru kelasnya dan menyamar sebagai ibunya.
Salmah : Hello, adakah itu Cikgu Aminah binti Ali, guru kelas tahun 6 hijau?
Cikgu : Ya, saya.
Salmah : Cikgu, hari ini Salmah tidak dapat hadir ke sekolah kerana sakit.
Cikgu : Ok...ok..., er...boleh saya tahu siape yang sedang bercakap?
Salmah : Emak saya...
Monday, February 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment